Thursday, December 24, 2009

The Reality.




Terketar Jari ku Menari.
Menari Kerana Hati,
Bergetar Kerana Duniawi,
Adakah Ia Akan Berhenti...?

Jawapannya Tidak,
Kerana Syaitan Telah Bersumpah,
Akan menodai,
Segumpal darah,
Yang bernama H.A.T.I.

Muhasabah Diri,
Tidak Lagi Berpaling,
Itulah Yang Penting,
Istiqamahlah Duhai Hati
Demi Menjadi Putih.
Lagi Suci.

Pupuklah..!!
Berkasarlah..!!
Biarpun Dengan Darah,
Biarpun Ia Parah,
Biarlah Ia Terus Merana,
Biarlah Ia Sakit,
Biarlah Ia Menangis.
Biarkan...!!!
Pedulikan...!!!
Semuanya Demi Agama.
Bukan Kerana Manusia
Dan Bukan Kerana Dunia.

Tolong...!!!
Sakitkanlah Zahirku..
Seksalah Batinku..
Hancurkanlah Hatiku..
Lemahkan Nafsuku..
Butakanlah Mataku..
Kudungkan Tanganku..
Tempangkan Kakiku..
Pekakkan Telingaku..



Tarikkanlah Nikmat-MU..!!!
Ya,Nikmat-MU ya-Allah..
Aku Alpa,
Aku Leka,
Aku Lupa,

Ya Allah,
Betapa Penyayangnya Diri-Mu,
Kepada Hamba-Mu,
Biarpun Aku Pernah Berpaling,
Biarpun Dosa-ku Menggunung Tinggi,
Tapi,
Tidak Pernah Rahmat-Mu Terhenti,
Tidak Sekali Engkau Membenci.

Apalah Manusia Aku Ini....

Ya TUHAN-ku,
Sesaknya Nafas-ku,
Tersekat Akan Segala saraf-ku,
Terhenti Mengalir Darah-ku,
Terbitnya Air Mata-ku,
Membasahi Pipi-ku,
Semuanya Kerana Aku Sendiri...
Jahilnya Diri ini Ya Allah...
Hitamnya Hati Ini Ya-Rabbul'izzati...
Kesalnya Atas Perbuatan Dan Dosa Ku Yang Lalu...
Wahai Yang-Maha-Mengetahui...


Friday, December 11, 2009

Kerana Agama



Tinta Kerana Agama Daripada Teman.

Hadir Mu tidak diundang.
Tapi pemergian Mu akan Ku halang.

Aku tidak memuja wajah Mu.
Tidak Aku dambakan harta Mu.
Bahkan tidak pula aku memandang ilmu Mu.
Sebaliknya aku,
Memuja,mendamba,memandang
Dan terus merindu
Hanya kepada Agama-Mu.

Kerana Agama,
Datangnya raut wajah yang berseri,
Disirami nur,cahaya dari ilahi.
Akan terus menjadi pilihan insani.

Kerana Agama,
Hartamu akan selalu dirahmati,
Dicurahkan ikhlas atas segala budi.
Bukan bakhil yang menjadi selaput hati

Kerana Agama,
Ilmu mu menjadikan islam sebagai isi penting,
Al-Quran dan Sunnah terus menjadi mendinding.
Semoga terus aku tidak lagi berpaling.

Kerana Agama Engkau : Wahai Teman-Ku.

Friday, December 4, 2009

Exam And Result

Astaghfirullah...
Baru aku sedar,dah bersawang blog aku ni,dah lama tak di-update kan..;p
Bukan dah give up untuk post apa-apa...
tapi masa,hati,perasaan,emosi dan fizikal,jasmani dan rohani aku tidak begitu mengizinkan.
"Everything need time"....I need time to adapt the current situation right now. :)

Exam and Result.

Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi kerana impah dan kasih-NYA Dia,
berjaya jugak menghabiskan semua exam.
*Exam yang pertama ialah Political Sciences.
review political sciences dengan Dr.Danial :
-dia seorang ahli falsafah,amatlah sukar untuk aku faham secara total apa yang dia ajar,
-dalam kelas aku boleh faham 40% or maybe less. (agak lembap kan.?)
-Dia tak kasi hint macam lecturer lain,just (apa yang dia ajar akan masuk,means -minal awwal,ila akhir-ADEH!!!)
-aku memang risau pasal subjek ni.
-carry aku teramatlah rendah.(sedeh SIOT!!!)..Memang gayat nak lulus pun.
-mula habis exam,dah dok fkir,next sem nak amek dengan lecturer lain pulak.;p

Ya Allah,Tuhan saja macam mana keadaan aku time nak exam ni.
Mentally and phisically sick,Rohani dan jasmani aku tidak menentu.
Aku tetap bersyukur jugak atas segala apa yang menimpa aku,
sebab aku percayakan janji Allah,itu yang buat aku terus menjadi positive. :)
Tika waktu ini juga,ada insan yang sudi meringankan beban aku,menemani aku kala malam.
Teman,Sahabat seperjuangan...God Bless You..

*Exam yang kedua ialah Sciences of Quran. (Hari yang sama dengan Political sciences)
Disebabkan beberapa hal,aku ulang kaji subjek ni lebih awal sikit dari Political Sciences tu,
Sebab overall subjek ini Alhamdulillah aku dapat faham dan mengingati dengan jelas,
Syukran Jazilan kepada Dr.Norbani Ismail,lecturer SOQ,best belajar dengan dia.:)

*Exam seterusnya ialah Bahasa Melayu.
Aku amik BM dengan Cikgu Roslimna Saad.
Best sangat dengan dia.
Time sebelum exam tu,sumpah aku tak tahu nak baca apa.
aku baca yang mana aku tak faham saja.
dan alhamdulillah...:)

*Seterusnya ialah exam Electronic Media.
Belajar dengan Sir Johani.
tentang belajar dengan dia amatlah OK.
sebab masuk kelas kena salin note sahaja.
cukup time ada kuiz.
langsung tak tension tentang subjek ni.
tak boleh review lebih sangat...sebab ada rahsia..
ekekekekekee~
:D

*Next,Psychology.
pergghhhhh~~~~~~~~~
Aku amek subjek ni dengan Dr.Mardiana.
Agak OK belajar dengan dia...Seriously,time dalam kelas aku tak fokus sangat sebab kelas sejuk.
dan mengantuk,tapi aku tak pernah tido sebab aku layan je lecture Dr.Mardiana.
kalau kasi contoh untuk apa2 kes,Shahman adalah target utama aku..ekekekee~
Gurau je shaman,tak nak kasi ko tdo.;p
Alhamdulillah dan Nauzubillah dengan carry marks.;)
Time nak exam,banyak sangat nak kena baca.
kena ingat banyak termsssssszzzz (i mean it)
total ada 12 chapter...setiap chapter ada saja terms yang kena ingat dan faham.
Sehari sebelum exam,kawan2 aku datang study sama2 (Pilot,sabri and sinkai).
lepas habis study dengan diorg,time maghrib tu,tetiba aku rasa down sangat2.
itu kali pertama aku rasa tekanan yang amat macam tu.
munkin sebab dulu ada cahaya yang selalu bersama aku,tapi kali ini aku keseorangan.
Alhamdulillah,aku lepas ujian itu dengan hadirnya teman dan menemani aku siang dan malam,Aku bersyukur.:).Hanya Tuhan Dapat Membalasnya.
Again,Praise To Allah....Everything Went Smoothly.

Lastly...Sociology and Anthropology (mampostology);p
Belajar dengan madam norazura.
Best belajar dengan dia,dalam kelas kena participate selalu dan selalu jugak aku jadi target dia.
dan alhamdulillah,tak ada apa-apa masalah dengan subjek ini.
carry marks,Alhamdulillah berkat usaha dan rahmat dari Allah.
Exam pun alhamdulillah....Settle~
(^_^)

Review Tentang Result :

Political Sciences : Amatlah terkejut sekali,entah aku rasa Dr.Danial jadi baik kot.
Electronic Media : Terkejut jugak sebab target terlalu tinggi dan munkin over condifent kot.ekekeke~Tapi Alhamdulillah.
Sociology And Anthropology : Alhamdulillah...:)
Psychology : Alhamdulillah.
SOQ : Alhamdulillah.

Over All : ALHAMDULILLAH~

Tuesday, November 17, 2009


.::Terlalu Banyak Untuk Diceritakan::.
.::Terlalu Padat Akan Penghayatan::.
.::Terlalu Perit Penderitaan::.
.::Tidak Mampu Ku luahkan Dengan Perkataan.::.
.::Hanya hati mampu menampung perasaan::.

Thursday, November 5, 2009

Final Examination ; Hilangkan Stress.!

Sedang aku berada dalam keadaan tertekan sempena final exam,
aku terjumpa sesuatu yang membuatkan aku ketawa :

Kita selalu diam ketika berada dalam lif,dan ia boleh menyebabkan kebosanan,berikut adalah tips ketika berada dalam lif untuk puaskan hati anda :

1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b’pura2 melihat ke tempat lain..

2. Buat muka m’gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “diam, semuanya diam..!”

3. Bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu.. "Say,cheeese~"

4. Pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji…

5. B’pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. Ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..

” bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi…”

7. Buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah ” eh,budak…cukup tak udara kat situ..?”

8. Diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m’hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. Dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop…kot2 boleh dgr couple kat lif sebelah,dorg tgh rancang ape malam ni….ekeke~

10. Buatla garis d lantai sekeliling anda m’ggunakn kapur..lalu beritahu

"ini adalah wilayah saya….!”


AMARAN: TIPS INI HENDAKLA DILAKUKAN DENGAN PENUH KEYAKINAN..

Lif utaman di UIA yang dikenal pasti : Library (yess!!!)

---------------------------------------------------
Salingan :

Status-Allhamdulillah-

Assukuut 'Alamaturridha...;-)

Sunday, October 25, 2009

.::Penyaksian Ku::.

Ku hanya mampu melihat dia,
Ku hanya mampu mendengar cerita dia,
Ku hanya mampu mengidamkan dia,
Ku hanya mampu mengagumi dia.

Memiliki...?
Tidak sama sekali,
Tipulah diri,
Sakitkan hati,
Sebab dia tak mampu ku miliki.

Bukan Ku tidak mahu,
Tapi takut menyakiti,
Biarlah hubungan menjadi begini,
Moga mendapat petunjuk dari ilahi.

Ku hanya memandang,
Memandang kupu-kupu yang terbang,
Inginku mendekatinya dan memiliki,
Tapi takut menyekat kebebasannya.


Biarlah dia terbang
(^_^)

Wednesday, September 30, 2009

.::Dalam Mencari Cahaya Ilahi::.

Assalamualaikum. :-)
Kaihafahaluk...?
Wa Ana..?
Al-An,alhamdulillah,
bikhair takhta 'inayah Allah Ta'ala.

Tiba-tiba pulak kalam Arabi ni...

Sahabat : "Assalamualaikum,eh..Faiz,hg ok x ni.?"
Aku : -"W'salam,uit..Aku ok ja..pasaipa.?"
Sahabat : "Dak,tengok hg pucat lesi tu.."
Aku : "Entah,ok kot.."

-Itulah jawapan apabila orang bertanya kepada aku,
sejak kebelakangan ini,
cepat sangat aku merasai kesejukan dalam hati,
rasa jiwa tidak tenteram munkin.
SubhanAllah Walhamdulillah.

Ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-NYA
tidak akan pernah putus,even once.
Lagi dekat kita pada Allah s.w.t
Lagi banyak ujian yang datang,
Bukan sebab Allah benci kepada kita,
Tapi kerana ujian itulah,
Berdiri teguhnya iman seseorang muslim.
Pernah kita renung seketika,
Rahmat Allah kepada kita.?
Bagaimana DIA memberi nyawa,
bergunung tinggi dan berlangit luas,
Itulah Rahmat Allah kepada kita,
Tapi macamana kita bersyukur.?
Adakah kita berpaling.?
Adakah kita ingin terus dalam gelap.?
Adakah kita leka.? (:
Tanyalah iman,Tanyalah Hati.

------------------------------

Dari Sami Yusuf : You came to Me.

video

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I'd sacrifice
For you I'd give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you.

Monday, September 28, 2009

Debu-Debu Dosa.

Kearah manakah halanya,
bagi insan yang terleka,
mengejar nikmat dunia,
bagaikan hidup selamanya,
tak peduli dosa noda,
seksa azab neraka,
hidup jauh dari rahmat-NYA.

Terpedaya pada dunia,
pentas ciptaan manusia,
terlupa pada segalanya,
mengiukut nafsu semata,
mambiar syaitan beraja,
dihati dan jua jiwa,
mengejar dunia penuh debu dosa.

Teguhkanlah iman dalam diri,
moga dikau akan merasai,
betapa indah nikmat ilahi,
dan yakin kau akan dirahmati.

Harus jua percaya dengan pasti,
dunia todak kekal abadi,
hanya menguji cekalnya hati,
sebagai khalifah yang sejati,
tak perlu kau meragui,
andai keimananmu,
pasti bahagia menanti,
diakhirat yang abadi.

Sunday, September 27, 2009

Nak bukak kebun
(kena buat proposal untuk dapatkan loan and bantuan dari Mardi).
Kena tolong abah uruskan hal Station Petronas.
(tanah la,tukar nama la,pejabat Petronas la,pejabat tanah la..ape2 la).
Kena Pilih Antara 135 LC
(untuk ulang alik dari Bangi ke Gombak).
@
BlackBerry Storm (personal use).
Cancellation of buying Chameleon
(the seller have to send back to supplier,the chameleon not active recently,so waiting for my deposit back).
Waiting my Violet from the seller
(going to meet up dis coming monday).
Exam 3hb (Sociology).
Presentation 6hb (Sciences Of Quran).
Pending of writing a note.

Saturday, September 19, 2009

(^_^)

Ramadhan Berlalu Pergi.
Syawal Sedia Menanti.

Jam di laptop mennjukkan pukul 0317.
Aku baru saja selesai makan McD iaitu berupa set Chicken Spicy Chicken McDuluxe (Medium) + Milo w/o ice (sedap kan..???):D
Sambil tengah melantak tu,aku dan abang aku (adib) menonton siri Nur Kasih episode 3 yang aku download kn.

Selesai makan,aku bermain sebentar dengan anak angkat aku yang sepasang ini.
diorang ialah hamster,breed Winter White (Pearl).
Pasangan ini amat jinak sekali sebab aku bela semenjak diorang berusia sebulan.
Sekarang ini entah le umur diorg. :D
Ini gambar diorg.

Kareem :



Kareemah :


*Korang jangan salah faham lak yea.
K.T and Kamal tu masih lagi anak angkat aku jugak.heeeeeeee~
...............................................................................
Motif aku menulis pagi buta ini :

Disini,aku dengan rasa rendah diri,rasa bersalah,rasa dukacita dan segala rasa yang ada, menyusun sepuluh jar aku ini (jap,nak bilang,cukup ke x)..okeh cukup~

Ingin meminta ampun dan maaf
Sememangnya aku ini manusia biasa,
Tak lari dari kesilapan,
Maafkan lah aku,
Gurauan aku amatlah kasar sekali,
Kata-kata dari mulutku amat menyentuh hati,
Ampunkan lah diri ini.

Bulan syawal akan menjelang,
ku berharap,
kembalilah kita kepada fitrah,
iaitu suci dari kesalahan sesama insan.
sekali lagi,
ku mohon ampun dan maaf,
andai tersalah kata,menguris perasaan,
lapangkan dada,suci kan jiwa.

Andai ini Ramadhan terakhir bagi ku,
Ini jugalah Syawal terakhir untuk kita bersama,
Jadi,Ampun Dan Maaf Dipinta.
Harap tiada yang terluka~

Dengan Ini juga saya bersama family saya (dah ada family????) jeng..jeng..jeng~ ;P
*da ade la,aku dengan anak-anak angkat aku ni
ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil-Fiti,
Maad Zahir dan Batin~



Regards,
Muhammad Faiz.

Thursday, September 17, 2009

Salingan

Sugar Glider

Pos kali ini aku berkenaan dengan seekor lagi anak angkat aku,
iaitu sejenis binatang yang diberi nama Sugar Glider,
Die dilahirkan pada 29 June yang lepas,
dan aku akan mengambil die lpas raya.

Oleh kerana anak angkat aku yang baru ni adalah betina,
jadi,aku kasi nme kat die : Violet (macam comei je nme ni)

Mata die.
*tunjuk kesian : (^-^)


Posing Time

1 st:


2nd :



kalau korang perasan,si violet ni macam pandai posing kan.?
-Ni yang last skali update.


*Cumelkan anak angkat aku yang sekor ni.
:D

Tuesday, September 15, 2009

Pabila Hati Meronta

Jam di laptop menunjukkan pukul 0320.
Aku masih tidak dapat lelapkan diri.
Aku pusing-pusing,tidak jugak dapat suaikan diri.
Entah mengapa,berasa panas malam ini.
Hmmm....
Tiba-tiba
aku terfikirkan kemana hilangnya 'diri aku'
Kemudian :-

Hati Berbicara :

Muhammad Faiz,
Kenapa kamu sebegini rupa Faiz.?
Tidak tenteram,fikiran tidak tenang.
Gelisah,gundah-gulana macam ini.
Kamu sedarkan,kamu kehilangan sesuatu.
kamu tak mahu ke mencari semula sesuatu yang kamu hilangkan dahulu?
sesuatu yang tidak semua orang perolehi dengan mudah.
kamu memperolehi bersama teman-teman seperjuangan mu ; Ahmad Syathibi,Aiman Thaqif,Khairul Nizam.
Tidakkah kamu mahu wahai Ibnu Arif?

Perasaan Membalas :

Duhai hati,aku bukan tidak mahu mencari semula yang hilang itu.
tapi aku kecewa dengan sikapku sendiri.
sanggup gadaikan kau duhai hati,demi kepentingan dan kehendak diri.
Disini,tempat kaki ku pijak sekarang,
tiada lagi teman-teman seperjuangan semua,aku keseorangan!!!
Demi Allah,aku mahu mencari yang hakiki itu.

Hati Berkata :

Kenapa kamu lemah sebergini wahai Muhammad Faiz?
Kamu jatuh,tidakkah kamu mahu bangun semula.
Yang lepas itu,biarkanlah...Jadikan pendinding diri kamu sepertimana kamu menasihati sahabat-sahabat kamu yang juga pernah didalam permasalahan.
Lakukanlah demi Allah s.w.t yang telah memberi rahmat kepada kamu,
Lakukanlah demi Nabi Muhammad yang menjadi contoh kamu,
Lakukanlah demi Mak dan Abah kamu.
Ya Demi Mak Dan Abah Kamu,mereka tidak pernah putus doa terhadap anak-anak mereka.

Muhammad Faiz,
kamu hilangkan 'sesuatu' itu kerana nafsu kamu meminta untuk memilih yang lain?
sanggup kamu mengadaikan ia dengan keperluan dan makanan untuk iman kamu ini?
Tidakkah engkau hargai 'ia'.?

---------------------------------------------------------------
Kamu tidak keseorangan duhai sahabatku Muhammad Faiz.
Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya
Dan,
Kamu ada mereka :




Carilah 'ia' semula Muhammad Faiz.

Monday, September 14, 2009

Pabila Hati Berkata Dan Perasaan Melawan.

0340 (9/14/09)

Hati Berkata :
Muhammad Faiz,sampai bila kamu mahu aku jadi begini.?

Perasaan Menjawab :
Faiz, Mencuba itu lagi bagus dari mengalah...Semua orang berhak peluang duhai sahabatku.
........................................
.::.::My Wish For You,More Than Anything::.::.

Monday, August 31, 2009

.::Seriously::.


~End~



Regards,
Muhammad Faiz

31-8-09.(0143)

Saturday, August 29, 2009

+=-*.::Sendiri::.*-=+


Aku.

Ku lihat di jendela,
Melihat kuasa yang Maha-Esa.
Ku mengharap daripada-Nya,
Agar hidupku terus ke syurga.

Perasaan ini singgah lagi,
Dihati yang tidak pernah aku peduli,
Dipenuhi kotoran sendiri,
Mengharap kepada-Mu Ya Rabbi.





Ya Allah,
Aku lemah,
Aku lelah,
Tapi aku tidak pernah mengalah.

Ya Muhammad kekasih Allah,
Amalan sunnah Mu,cuba ku kerah,
Tetapi apakan daya,
Akhirnya aku rebah.

Wahai hati yang kegelapan,
Ayuh..!!! Bangun..!!!
Wahai perasaan yang dalam kesengsaraan,
Teguhkan Iman mu,perkuatkan kan amalan mu.

-------------------------
Rendahkanlah hati,
Agar tiada yang merana,
Lembutkanlah bibir,
Agar tiada yang terasa.
-------------------------

Daku Sujud,Daku Meminta...
Tiada Yang Lain,
Selain Daripada-Mu Ya Allah~
----------------------------------
*Merasai kesejukan yang lahir dari hati yang kegelapan.

Friday, August 14, 2009

Maafkan Aku,Kerana Ia...


kerana ia sebuah harapan
ia menjadi puitis hidup.

ia menjadi kabur
kerna ia ingin pergi

ia menjadi halus
kerna teruk disakiti

ia menjadi cebis
kerna aku sendiri

ia terpupuk sendiri
kerna ia tetap disini...
sentiasa bertakhta dihati...
.............

ku minta maaf...
ku simpan manisnya cinta..
tak tahu kenapa..
tp ia ntuk mu selamanya..

Aku bercinta tanpa syarat...
memutik rindu kala malam..
menemui kasih bukan yang ku harap...
hanya memberi,hingga ku terlelap..
saling melengkapi,itu yang tetap...

Detik pertemuan penuh hampa...
bukan niat membuat terluka..
apakan daya,aku hanya biasa..
tiada yang istimewa tanpa-Nya..


Wednesday, August 5, 2009

Salam.
Wah....Dah lama aku x update blog ter-chenta nih..
post kali ni aku akan bercerita tentang hobi aku..
iaitu : mencintai binatang..
Aku pun x taw dari mne dtg nye minat nih tp
yg aku taw mak aku pun ske binatang..
crita nyer bermula time aku darjah 4@5@6 ( x ingt )
time tu parents aku g ke mekah.
so,aku tggl dgn atok n mak cik aku.
di sebab kan duit ada extra time tu
aku pun g jln2 kat pet shop dekat Batu 2
(Jalan Dato' Kumbar,Alor Star Kedah)
aku tgk la ikan2 kat ctu..
ikan..???
normal sgt,bkn leh main2 @ pgang2 pun.
so,aku ternampak hamster sekor nih,
dok sowg2 dlm Guppy Container.
Ksian dier aku tgk.

aku : 'tokeh,ini binatang berbulu ni belapa halga u letak.?
aku mau angkat'
tauke x pkai baju : 'oh,itu hamister ah,itu wa kasi u rm10,tunai,duit malaysia taw'

aku : 'waa,ini berbulu pun rm10 ka,xleh kasi kurg ka.? bdk lg ma,duit tarak byk,
wa nak angkat itu cage sama,come on la taukeh'
tauke x pkai baju : 'aiyoh,byk bising la u,okeh,u angkat ini binatang sama cage,i kasi u rm39.'
*pegi la mampos taukeh,cage bodo je ko nk isap darah aku.

aku : 'x mau rm39,aku mau rm35 sj'
taukeh x pkai baju ; 'okay2..rm35'

so,dpt la aku sekor hamster yg aku xtaw baka ape (munkin Syirian)...
kre lama jgk la aku bela sekor nih...
xlama pastu aku beli psangan dier...
x smpai 2 bln,dh branak pun anak2 aku ni...
tp,spoil gler,hamster betina tu g mkn..
bru aku taw yg dorg ni ade sikap cannibalism.
pastu dlm staun,mati keras hamster aku tu..
sedeyh~~~~~

Sekarang
..........................................
hahahahahahaha~
aku kembali dgn azam baru..!!!!!
Yah.....
ni koleksi anak-anak angkat aku sekarang.

Ini Ferret,nama nya M.J (Marry Jane)
Tgh posing baek nyer utk tatapan umum.

Ini Pasangan Hamster Aku : K.T (khatijah) and Kamal :



Ni extra skit...K.T tgh tdo.. :

Wah~~~~

Okay..???ader lg la...

Ni pulak Guinea Pigs aku :
Jane (Abbysians)
And
Caspian (American Short-Hair)

dorg ni gler syur,aku lak x mkn syur..
hahahaha~
Kat umah ade lg dua ekor ( Eric n Mary) both are Abbysians

ni lak senarai Tarantulas aku :
~Nhandu cromatus.
~G.Rosea
~Orange Baboon (Pterinochilus murinus)
~Singapore Blue
~Chromatopelma cyaneopubescens (Green Bottle Blue)
***(xleh nak snap pic,sbb xde camera,smua camera sblm ni pnjam je.)

*Updated 9/8/09*Dah Dapat!!! :
Baby Amel Cornsanke :

Hehehe~
Aku tgk kaler die ni mngancam,cantek.
aku suke...!!!

Sape-sape nak kasi binatang tu,kasi la...
aku trima...
tp xmo la kucing pasar ke,binatang tepi jalan ke..
hehehe~
wishlist aku :
Tarantula : Cobalt Blue,King Baboon and MET.
Ferret (Male).
Sugar Glider.
*sikit je kan.

Thursday, July 16, 2009

PENAT..??? Nahhh~

Alhamdulillah...
hari ini dapat ku hadapi satu hari yang agak penat
sebab kelas start at 8.30am which is
Sciences Of Quran by Madam Norbani Ismail,
sebab time short sem tu aku amek RASOK dgn die,
so,aku rse die ok n aku go on aje utk trus mnjadi student die..
cara die ngajar agak best n otak aku bleh trus copy ape yg die explain kn,
then aku cbe2 fham dgn wat ayat sndiri n the result for this method,
God Bless,i can understand the topic/explaination.

This day still moving forward,i have a
sociology n anthprology class at 10.00am...
i was shocked because the lecturer was being swap..
so,different lecturer,different gender n different method of teaching..
This Madam agak best (rasenyer) sbb best la..
hahahaha...
After finished the soca class,i'm having a
psychology class at the hs lecture hall
(previously my communication's class),this class,a little bit sleepy
(but i dont sleep u know!,very disrespect
if u're sleeping while the lecturer is lecturing)..
i tried to give 100% attention coz i like psych,
it deals with human behavior n the process of thinking..
That's y i'm having a conflict with myself
sama ada nak major in psychology @ communication.???
How bout both..??hahaha.tamak gler..
But Alhamdulillah,my mum give me a solution,so,
i go with communication
(can be a reporter,ganti Karam Sighwalia,tp versi Kedah) ;P

(jangan Marah yer Uncle)

Fuhhhh~~~~~~~Manarik Nafas Kepenatan~~~~~~~
Seterusnyer kls bersambung pada pkul 5pm-6.30pm..
core subject for Mass Comm,aku dgn Aqiel agak
gabra jgk sbb tkut x jmpe kls,
disebabkan aku ni 1st year (junior la kata kn)
aku dgn Aqiel pun wat muke slumber millionaire
utk tnye pak cik kerani kat Comm's Department tuh..
akhirnyer jmpe gak kls..hehehe...
.......tp.......
mkin bertambah penat sbb kls tu
aku kne salin stiap slides (byk slide dan pnjg2)...
huh,tulis aku tu,xde sape leh bce,aku sowg je..hudoh gler..
kalah cakaran aku (cakar ayam) lol.hahahaha...
so,abeh kls tu,aku mlepak disini....
iaitu dimasjid mnanti kan solat maghrib...

*next plan : Lamb Chop kat siddiq..hahahaha!!!!


Wednesday, July 15, 2009

New Semester

Salam...
Alhamdulillah...
Sekarang dah masuk sem bru,dgn azam baru..hohohoh~
Tapi yang x best nyer,aku telah diperkotak-katikkan,diperanak tirikan dan disisihkan.
ini kerana aku telah ditendang dari Mahalah Ruqayyah ke Mahalah Ntahla (Tahalah @ Tolhah)..hahaha~(Sabar-sabar)~InnAllah Ma'asobireen~
ni yang aku nak komen skit ttg "mahalah" tu..
dah la xde cafe,musolla,xde ape2 lah..
yang ade tempat tdo je..Ya Allah..Menahan kudrat gler dok kat tempat yg bernama "mahalah" ni...
lgsg xde life kat ctu..bleh la nk anggap mcm tmpt tu sbg "Hotel" sbb aku g tdo je kat ctu (mmg r,dh ade tmpt tdo je)...kalo aku mlepak gak kat "mahalah" tu,mmg confirm akn mati terbongkang (tdo) kat bilik dari pg smpai ptg,bgun kejap utk solat,g toilet n mkn megi je..
ksian dow idup "anak tiri" ni..
hahahaha~
Paling kurg pun,kasi la wireless tu..hukhuk,kdekut nyer...
Tapi aku bersyukur gak,sbb ade member aku bwk keta..
bleh la aku mnumpang 4 tulang aku ni utk g kls yg dok kre2 2km dr tmpat yg bernama "mahalah" tu..huahuahua~
sipot punyer....kalo aku berjalan dr tmpt yg bernama "mahalah" tu ke kelas,30mnt gak la nk smpai tu..kalo pg tu ko mndi air sejuk,korg akn smpai kls tu dgn mndi peluh la..

Alhamdulillah jgk le,sem ni aku dh declare major dlm Mass Communication..
aku declare dgn kwn aku..so,xde la cangak sgt kalo amek mne2 subjek..
skrg,target terbaru,nak amek minor "laws"...!!!
Doa kan kejayaan aku yer...
InsyaAllah..
Ma'ataufiq Wannajah 'alaina..~

Sunday, July 5, 2009

Song


Currently Listen to:

Samson : Tak Bisa Memiliki.

Avril Lavigne : Innocence.

The Rasmus : Livin In The World Without you.

Kerispatih : Tapi Bukan Aku & Mengenang mu.

Ungu : Cinta Dalam Hati.

Vast : Dont Take Your Love Away.

6ixth Sense : Tanpa /Khatimah Cinta.

Keane : Somewhere Only We Know.

ST12 : Jangan Pernah Berubah.


Saturday, July 4, 2009

Monolog Dalaman

Salam...
"Post" kali ini akan mengimbau kembali zaman-zaman lampau InsyaAllah...
Dimana ketika ini aku berada di Kedah Darul Aman,
Bersekolah di Maktab Mahmud Pokok Sena sekitar tahun 2006 (kot)..hehehe~
"time" ni aku tinggal di rumah sewa yang terletak di Kg.Pokok Asam (old skool punyer nama)...
tinggal bersama Hanif,Khairul Nizam,Khairul Naim,Shahrul Faiz dan Mohsin..
Kelakar jugak teringat zaman dulu shahrul faiz terjatuh dalam "kolam" (loji taik).
hahaha..gelak besar aku time tuh..
Dia cakap dia nak g amek baju dia atas penutup lubang tu,tetiba aku dengar bunyi "bushhhhh~~~!!!"..Terkejut aku time tu,tgh dok basuh baju...lpas dgq bunyi tu,aku kuaq la tgk..xda apa pown..tetiba ada bau kurg mnyenangkan...
Aku nmpk shahrul faiz ni kuyup je bsah..
aku tnya la "hg ni pasaipa.?,tetba lencun"..dia reply "aku terjatuh dlm lubang tu"..
aku tnya balik "lubang mana hg nih..? ckp bg clear skit"...dia jwb
"tu haa..lubang kat luaq tu..hg ni..sat,sat..aku nk g mndi,mampuih btui"..
aku p tgk lubang tu,Ya Rabbi...lubang taik jgk dia p terjun..hahahah..
riuh satu umah dgr crita mamat tuh..lpas tu,lekat la nma dia drpd Shahrul Faiz ke Faiz Kolam..muahahaha~(best gelak kat org nih)..

Best dok umah sewa tu..tersimpan beribu-ribu sejarah kat ctu..
Di rumah tu jgk aku sorg2 tiap2 mggu bila smua org balik umah masing
(xkn aku nk balik gak,KL tu cik oi)...
aku tringat ada kucing yang tgh bunting g bsalin (deliver a kitten) kat aku punya selimut..
Ya Allah...y on earth u delivered the kitten on my blanket..???
Is there no more other place dat u can deliver the kitten..i'm so pissed off during dat time,came back from KL,without no key to get in the house,have to climb a window n open from inside...then suddenly this cat also bring me a BIG FAT PROBLEM...Ya Allah,pls give me a patient to go through all this..huhuhuhu...Ahhh~per-setan smua itu..ujian Allah ada dimana sahaja...haritu jugak aku cuci rumah 2 tingkat tu seorg diri..dengan ada hadiah kat dapur berupa sbuah mangkuk gulai yang telah basi selama 3 mggu..aku geleng2 kpala tgk smua tu..malas btol housemates aku ni..aku dgn rasa hiba cuci la jgk dapur tu,singki sumbat,lantai berhabuk,semut dimana2 sahaja...aku mop stiap lantai umah..lipat2 toto..jemur bantal2,even not my pillows..
Alhamdulillah..
settle aku cuci umah (xkesah sgt sbb tiap2 mggu aku jgk kne cuci)...
then aku call kwn aku,bonzer..20 minit lpas tu,bonzer a.k.a Aiman Thaqif dtg..
mai dok gebang2 (sembang) sat,sambil wat stock rokok daun n simpan
dlm bekas pack digi (agak cukup utk sminggu).Tapi ingt,aku x isap rokok taw..
xpnah pun..jd jgn salah fham taw...Bgus sahabat aku sorg ni,kdang2 aku ngadu mslh kat dia,
g tdoq umah dia,lepak2.mcm x pcaya pulak skrg dia dh berlepas g Mesir..
jeluz gla aku..tu la,sapa suruh x amek stam..galak smbung uia trus..hehehehe~..
Tape,p mna2 pun mnuntut ilmu sbb ada "Tolabul'ilm Faridhotul 'ala kulli muslim" maksudnya:"menuntut ilmu adalah fardhu bg stiap muslim"..dan ada pepatah iaitu "benih yang sihat,insyaAllah,dimana2 pun dpt hidup"...lagi pun bahasa arab aku x power sgt..huhuhuhu~
tringat jgk time melepak umah aiman dulu,skali dgn amin itik.
mak dia masak..perghhhh...
sedap gla..time mkn adalah time yg d-tggu2..
hehehe~
mlm2 study (study la sgt):P
ptg,lpas abeh skolah,main takraw..even x pndai main "tikam" jgk aku.
p lepak kedai jang (mkn bihun sup)
lepak akt car wash mat kery.
rndu siot time dulu2...

Aktiviti hjung2 mggu:
kwn aku utk g aloq staq,sapa lg Mubarak ler..
g nek moto,tp xda lesen..redah suka ht jgk la..
lepak smpai ke ptg..
bkn p buat apa pun..
mnum2,sembang2,tmn dia p karaoke..
lepak cyber cafe..
mmg hbis duit time tu...
paling best,ada mlm hjung mggu tu p gatai kluar nek moto (mrempit)
nk p cari topap sj,smpai shahab perdana tu(jauh syg oi)
p smpai stadium,ada road-block..
cari mampuih la kalo nk hntam tu..
then aku nmpk ada mamat tnjuk jln kluar,ikut jln kat restoran tasik tu...
aku ckp "weh,tu.ada mamat tu habaq jln tembuih (jalan kluar)"
mubarak "mna.??haa..ok2"..
dh p msuk jln tu utk pusing balik..
tiba2 ada bonzer (polis) dok ligan (kejar) dr blakang..
time tu jgk la mubarak nk change gear ke gear rndah..adoyai..
polis tu dh siap nk pgang baju aku nih!!!..
galabah bai..
pastu.."vrooommm!!!"
pecut la apa lg,brambus trus..
ish..aku dok fk..
kalo kna tgkap mlm tu,msti kna bantai (blasah) dgn polis2 tu..
huhuhhuhu~
balik drpd merempit tu..
smpai umah sewa..bdn aku tetba2 getaq (getar)..
mcm nk kna rasuk sj..msti r..tkut siot..
dh siap kna pgang lg..
huh~
memang xleh lupa punya mlm tu..
tu la..
len kali,amek lesen dulu..bru p rempit..hahahaha~
skrg ada dh la..keta n moto lg..dk kompom siap (lesen dh confirm)

Emm...banyak sgt nk crita ni...nk kna draft dulu..bru publish..heheheh~.tggu la ek~
wassalam~

Monday, June 29, 2009

Anti Hadis

Salam.
InsyaAllah,Saya tidak akan sia-siakan halaman ini dengan coretan kosong,akan ada manfaatnya juga,kalau tidak pada saya munkin ianya pada orang lain untuk renungan bersama.

Kalau kita perhatikan pada zaman serba canggih dan serba boleh (Malaysia Boleh.!!!),kita dapat lihat masih ada lagi kumpulan-kumpulan atau jemaah-jemaah yang terserong dari ajaran Islam yang sebenar,dan InsyaAllah sedutan kali ini akan membincangkan gerakan ANTI-HADIS sebagai objek.

Sebenarnya Gerakan ini 'tersalah jalan' hanya disebabkan menolak Hadis atau boleh dikatan menolak Sunnah-Sunnah Nabi Muhammad sebab kalau dilihat dari segi maksud Hadis Dan Sunnah,kedua-duanya bersangkutan rapat dengan ; Kata-kata,perbuatan,sifat-sifat,bentuk fizikal dan segalanya termasuklah 'taqrir' yang membawa maksud yang mudah difahami ialah 'tidak berkata apa-apa,setuju@tidak'.

Ada beberapa sebab mengapa jemaah ini menolak hadis Rasullah S.A.W. Dan 'post' kali ini akan membincangakan sebab tersebut dan cara-cara bagaimana untuk kita sebagai Umat Islam membetulkan keadaan itu.

Sebab Penolakan Yang Pertama :
  • Nabi Muhammad S.A.W hanya menyampaikan Al-Quran dan segala yang dilakukan adalah hanya sebagai seorang pemimpin pada ketika itu.Jadi Dia (Nabi Muhammad S.A.W) tiada kepentingan terhadap umat Islam zaman sekrang.*Dalam penerangan yang mudah difahami,Nabi Muhammad berkelakuan baik hanya disebabkan tugasnya sebagai pemimpin.
>Cara Membetulkanya.
  1. (3:164). Dalam ayat dalam Al-Imran ini Allah menerangkan tugas Nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyucikan mereka (umat) daripada syirk dan mangajar mereka Ayat-Ayat (Al-Quran) serta kebijaksaan (melalui Sunnah). Secara terang bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W diutuskan untuk mengajar kita Akhlak yang terbaik dan cara kehidupan yang sebetulnya,iaitu melalui Sunnah-Sunnah Rasullah S.A.W.
  2. (33:21). Dalam Ayat ini Allah menerangkan bahawa DIA telah menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebgai contoh yang terbaik untuk umatnya.
  3. (5:92)Ayat ini selalu kita dengar; iaitu seruan untuk kita mentaati ALLAH S.W.T dan Rasullah S.A.W. Jika kita mengkhianati Rasullah S.A.W,maka kita juga mengkhianati ALLAH S.W.T. Malah itu adalah tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat yang terakhir ini jika kita tidak mengamalkan Sunnah Rasullah S.A.W,siapa lagi..?
*Ini baru episod yang pertama,InsyaAllah akan bersambung dalam 'post' selanjutnya. Maaf jika ada yang salah,jangan malu dan jangan segan untuk menegur,insyaAllah akan saya edit-kan serta merta.


Sunday, June 28, 2009

The Story Begin.

Salam...
alhamdulillah..akhir nyer..ade gak tempat nak men tulis2 ni..
sbenarnya,hr yg terdetik nk mnulis kat blog ni bkn main2 atau suka2..
tp ada motif tersendiri...

cerita nya bermula apabila aku n fmily (kcuali abah aku) g mkn kat restoran sharifah (dekat BBB,sksyen 7),dkat je dgn umah aku...
ble da smpai restoran tu,aku pilih meja kat dlm yg ade aircond.
tp aku kcewa sbb TV rosak (kedai beger kat dpan tu pown ade tv taw)..
ble dh dduk,ade waiter dtg...so,ktorg pown order la mnuman n mkanan..
aku mkn pe ntah mcm western tp ade nasik (nasik kosong jer)hampeh dgn teh'0'..hehehe~

ble mkanan dh smpai,aku sebat trus la..
mmg lpar gler kn...(lagi pown org lain nyer order dh smpai gak)...
tetibe ade one fmily dtg n dduk sbelah meja fmily aku..
tgh duk kusyuk mkn ni,tbe2 dgr mcm org jerit..kuat jgk,smpai tkezut aku..
then aku tgk,rupa2 nya ade insan yg ade pnyakit mcm sindrom down kat fmily sbelah meja aku tu yg jerit...(x jelas die jerit ape)..
aku wat x endah je sbb nnt x psal2 mgamuk mamat tu...

dlm 1 mnit stengah,aku tgk x de org pown kat meja sbelah tu,kcuali insan istimewa tu ...*bertambah hairan*...
pastu aku fk la,munkin aku tsalah pndang ke td sbb sblm ni mcm insan istimewa ni dtg dgn family die...again,aku wat x endah...

after around 10 minutes,the rest of family came n sit together with that lonely special boy. The question are,y there left him alone..? n y not someone accompany him..? if there's any problem,do not left him behind..How would u feel when suddenly all ur family left u at the restaurant without any word..?...i'm try to judge people,but human have a brain+human rational ('aql)..Then think..!!!..."Allah will condemn people dat failed to use 'aql"...

Aku hnya mkn smbil memerhati gelagat keluarga tersebut...dan ini ksimpulan yg aku dpt :
  1. mereka dari keluarga yang berada...sbb dtg dgn kereta alphard,bdk kcik (dlm 8-10thn) dpt pkai phone n70 dan mintakmkn beger (dah ade dlm restoran,tetbe nk beger lak,byk songeh btol)
  2. ibu bapa: si ayah sibuk dgn phone n semak "organizer" (munkin seorg ahli perniagaan).si ibu sibuk dgn majalah ape ntah,n munkin seorg yg ala-ala datin sbb pmakaian die tidak bertudung (Sbg seorg muslimah,DIWAJIBKAN pkai tudung,bkn sunat @ harus).baju n suar ketat dan agak nipis (Muslimah spatutnye melonggar kn pkaian dan tidak mngikut bntuk bdn).
  3. adek beradik : kurg sopan dan penting kan diri.Sebab aku nmpk ade diantara diorg mngeluarkan kotak rokok depan ibu bapa diorg (paling kurg pun jgn la tunjuk dan jge la adab).sorg lagi sibuk mndengar mp3 dan tidak mgendah kn adik die yg special tu
*tambahan pula aku tgk satu family tu x hirau kn insan istimewa tu ganggu pelayan,xla ganggu sgt tp mcm kaco pekerja2 tu wat keje dgn mntk air pnas..then mntk tmbah ais...dan ulang mntk air panas balik..family die lgsg x bersembang dgn die...ksian aku tgk...

aku rsa diorg malu terhadap ahli kluarga mreka yg insan istimewa tu,sbb tu diorg sume kuar pd awl td...

pengajaran : hargailah keluarga anda...hargai adik bradik anda...kat dunia ni,mcm2 boleh kite cari,mcm2 boleh ditukar gnti...tp ingt,kasih kluarga tu lg penting sbb mreka lah tmpt kta bergantung...ble kwn sndiri mngkhianati kte,yg tggl hnyalah kluarga...kluarga xleh beli kat supermarket ke giant ke mid valley ke...satu2nya kurniaan Allah yang datang hnya sekali...

Saturday, June 27, 2009

=Senget=



-Page Under Construction-
*Fenin-Fenin*
(-.-)

Taaruf Session (Not Taaruf Week).



Name : Muhammad Faiz Bin Mohamad Arif.
D.O.B : 31/8/1989.
Previous school : Maktab Mahmud Pokok Sena,Nadhah Hanasah,Sri Abim Alor Setar,Tadika Abim Alor Setar.
Other school : Institut Memandu K.V (free advertising)
Occupation : Student.
Programme : Human Sciences (God's Will,going to major in Mass Comm)
Siblings : the 3rd from the 6 siblings.
Status : Currently Not Available.
Interest : Crazy over something that related with art and nature.
General : Love Green,Positive thinking,look at something different from others,self-motivated,serious person (if u dont know me),friendly/can be annoying (if u know me),pet-lover,universal listener and etc..(too much,till blank what to type)
Bla.......Bla.......Bla.......Bla.......Bla.......Bla.......~
*Sodaqallahul'azim~heeeeeeeeee~