Friday, December 11, 2009

Kerana Agama



Tinta Kerana Agama Daripada Teman.

Hadir Mu tidak diundang.
Tapi pemergian Mu akan Ku halang.

Aku tidak memuja wajah Mu.
Tidak Aku dambakan harta Mu.
Bahkan tidak pula aku memandang ilmu Mu.
Sebaliknya aku,
Memuja,mendamba,memandang
Dan terus merindu
Hanya kepada Agama-Mu.

Kerana Agama,
Datangnya raut wajah yang berseri,
Disirami nur,cahaya dari ilahi.
Akan terus menjadi pilihan insani.

Kerana Agama,
Hartamu akan selalu dirahmati,
Dicurahkan ikhlas atas segala budi.
Bukan bakhil yang menjadi selaput hati

Kerana Agama,
Ilmu mu menjadikan islam sebagai isi penting,
Al-Quran dan Sunnah terus menjadi mendinding.
Semoga terus aku tidak lagi berpaling.

Kerana Agama Engkau : Wahai Teman-Ku.