Monday, June 29, 2009

Anti Hadis

Salam.
InsyaAllah,Saya tidak akan sia-siakan halaman ini dengan coretan kosong,akan ada manfaatnya juga,kalau tidak pada saya munkin ianya pada orang lain untuk renungan bersama.

Kalau kita perhatikan pada zaman serba canggih dan serba boleh (Malaysia Boleh.!!!),kita dapat lihat masih ada lagi kumpulan-kumpulan atau jemaah-jemaah yang terserong dari ajaran Islam yang sebenar,dan InsyaAllah sedutan kali ini akan membincangkan gerakan ANTI-HADIS sebagai objek.

Sebenarnya Gerakan ini 'tersalah jalan' hanya disebabkan menolak Hadis atau boleh dikatan menolak Sunnah-Sunnah Nabi Muhammad sebab kalau dilihat dari segi maksud Hadis Dan Sunnah,kedua-duanya bersangkutan rapat dengan ; Kata-kata,perbuatan,sifat-sifat,bentuk fizikal dan segalanya termasuklah 'taqrir' yang membawa maksud yang mudah difahami ialah 'tidak berkata apa-apa,setuju@tidak'.

Ada beberapa sebab mengapa jemaah ini menolak hadis Rasullah S.A.W. Dan 'post' kali ini akan membincangakan sebab tersebut dan cara-cara bagaimana untuk kita sebagai Umat Islam membetulkan keadaan itu.

Sebab Penolakan Yang Pertama :
  • Nabi Muhammad S.A.W hanya menyampaikan Al-Quran dan segala yang dilakukan adalah hanya sebagai seorang pemimpin pada ketika itu.Jadi Dia (Nabi Muhammad S.A.W) tiada kepentingan terhadap umat Islam zaman sekrang.*Dalam penerangan yang mudah difahami,Nabi Muhammad berkelakuan baik hanya disebabkan tugasnya sebagai pemimpin.
>Cara Membetulkanya.
  1. (3:164). Dalam ayat dalam Al-Imran ini Allah menerangkan tugas Nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyucikan mereka (umat) daripada syirk dan mangajar mereka Ayat-Ayat (Al-Quran) serta kebijaksaan (melalui Sunnah). Secara terang bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W diutuskan untuk mengajar kita Akhlak yang terbaik dan cara kehidupan yang sebetulnya,iaitu melalui Sunnah-Sunnah Rasullah S.A.W.
  2. (33:21). Dalam Ayat ini Allah menerangkan bahawa DIA telah menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebgai contoh yang terbaik untuk umatnya.
  3. (5:92)Ayat ini selalu kita dengar; iaitu seruan untuk kita mentaati ALLAH S.W.T dan Rasullah S.A.W. Jika kita mengkhianati Rasullah S.A.W,maka kita juga mengkhianati ALLAH S.W.T. Malah itu adalah tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat yang terakhir ini jika kita tidak mengamalkan Sunnah Rasullah S.A.W,siapa lagi..?
*Ini baru episod yang pertama,InsyaAllah akan bersambung dalam 'post' selanjutnya. Maaf jika ada yang salah,jangan malu dan jangan segan untuk menegur,insyaAllah akan saya edit-kan serta merta.