Thursday, December 24, 2009

The Reality.




Terketar Jari ku Menari.
Menari Kerana Hati,
Bergetar Kerana Duniawi,
Adakah Ia Akan Berhenti...?

Jawapannya Tidak,
Kerana Syaitan Telah Bersumpah,
Akan menodai,
Segumpal darah,
Yang bernama H.A.T.I.

Muhasabah Diri,
Tidak Lagi Berpaling,
Itulah Yang Penting,
Istiqamahlah Duhai Hati
Demi Menjadi Putih.
Lagi Suci.

Pupuklah..!!
Berkasarlah..!!
Biarpun Dengan Darah,
Biarpun Ia Parah,
Biarlah Ia Terus Merana,
Biarlah Ia Sakit,
Biarlah Ia Menangis.
Biarkan...!!!
Pedulikan...!!!
Semuanya Demi Agama.
Bukan Kerana Manusia
Dan Bukan Kerana Dunia.

Tolong...!!!
Sakitkanlah Zahirku..
Seksalah Batinku..
Hancurkanlah Hatiku..
Lemahkan Nafsuku..
Butakanlah Mataku..
Kudungkan Tanganku..
Tempangkan Kakiku..
Pekakkan Telingaku..



Tarikkanlah Nikmat-MU..!!!
Ya,Nikmat-MU ya-Allah..
Aku Alpa,
Aku Leka,
Aku Lupa,

Ya Allah,
Betapa Penyayangnya Diri-Mu,
Kepada Hamba-Mu,
Biarpun Aku Pernah Berpaling,
Biarpun Dosa-ku Menggunung Tinggi,
Tapi,
Tidak Pernah Rahmat-Mu Terhenti,
Tidak Sekali Engkau Membenci.

Apalah Manusia Aku Ini....

Ya TUHAN-ku,
Sesaknya Nafas-ku,
Tersekat Akan Segala saraf-ku,
Terhenti Mengalir Darah-ku,
Terbitnya Air Mata-ku,
Membasahi Pipi-ku,
Semuanya Kerana Aku Sendiri...
Jahilnya Diri ini Ya Allah...
Hitamnya Hati Ini Ya-Rabbul'izzati...
Kesalnya Atas Perbuatan Dan Dosa Ku Yang Lalu...
Wahai Yang-Maha-Mengetahui...


No comments:

Post a Comment