Tuesday, September 15, 2009

Pabila Hati Meronta

Jam di laptop menunjukkan pukul 0320.
Aku masih tidak dapat lelapkan diri.
Aku pusing-pusing,tidak jugak dapat suaikan diri.
Entah mengapa,berasa panas malam ini.
Hmmm....
Tiba-tiba
aku terfikirkan kemana hilangnya 'diri aku'
Kemudian :-

Hati Berbicara :

Muhammad Faiz,
Kenapa kamu sebegini rupa Faiz.?
Tidak tenteram,fikiran tidak tenang.
Gelisah,gundah-gulana macam ini.
Kamu sedarkan,kamu kehilangan sesuatu.
kamu tak mahu ke mencari semula sesuatu yang kamu hilangkan dahulu?
sesuatu yang tidak semua orang perolehi dengan mudah.
kamu memperolehi bersama teman-teman seperjuangan mu ; Ahmad Syathibi,Aiman Thaqif,Khairul Nizam.
Tidakkah kamu mahu wahai Ibnu Arif?

Perasaan Membalas :

Duhai hati,aku bukan tidak mahu mencari semula yang hilang itu.
tapi aku kecewa dengan sikapku sendiri.
sanggup gadaikan kau duhai hati,demi kepentingan dan kehendak diri.
Disini,tempat kaki ku pijak sekarang,
tiada lagi teman-teman seperjuangan semua,aku keseorangan!!!
Demi Allah,aku mahu mencari yang hakiki itu.

Hati Berkata :

Kenapa kamu lemah sebergini wahai Muhammad Faiz?
Kamu jatuh,tidakkah kamu mahu bangun semula.
Yang lepas itu,biarkanlah...Jadikan pendinding diri kamu sepertimana kamu menasihati sahabat-sahabat kamu yang juga pernah didalam permasalahan.
Lakukanlah demi Allah s.w.t yang telah memberi rahmat kepada kamu,
Lakukanlah demi Nabi Muhammad yang menjadi contoh kamu,
Lakukanlah demi Mak dan Abah kamu.
Ya Demi Mak Dan Abah Kamu,mereka tidak pernah putus doa terhadap anak-anak mereka.

Muhammad Faiz,
kamu hilangkan 'sesuatu' itu kerana nafsu kamu meminta untuk memilih yang lain?
sanggup kamu mengadaikan ia dengan keperluan dan makanan untuk iman kamu ini?
Tidakkah engkau hargai 'ia'.?

---------------------------------------------------------------
Kamu tidak keseorangan duhai sahabatku Muhammad Faiz.
Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya
Dan,
Kamu ada mereka :




Carilah 'ia' semula Muhammad Faiz.

No comments:

Post a Comment