Hati yang dipenuhi dengan karat-karat kini telah memberontak,
Bertanyakan kepada iman dan perasaan,
Wahai iman bilakah engkau mahu perteguhkan diri mu..?
Wahai perasaan tidakkan engkau sedar bahawa diri ini semakin tenat..?
Tidakkah kalian kasihan akan aku.?
Aku....hati.....
Aku kini buruk,
Aku lemah,
Aku tidak terdaya,
Aku kini gelap,
Aku hanya mengharapkan kalian supaya kembalikan aku yang dahulu.
Aku merayu,
Aku memohon,
Putihkan semula daku,
Bersihkanlah aku,
Sinarilah aku dengan cahaya mu wahai iman,
Hindarkanlah aku dari nista dan keji wahai perasaan.
Kasihankan daku.
tolong...
yang benar,
Hati
No comments:
Post a Comment