Wednesday, February 2, 2011

doa

AllahuRabbi.

Ya 'Azeem,Ya Zaljalaiwalikroum.

Di atas bumi-Mu ini ku bermunajat kepada-Mu Ya Allah,
Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,dosa guru-guru ku,dosa kaum kerabat ku, sahabat-sahabat ku, dan semua umat islam di atas muka bumi ini samada yang masih hidup ataupun yang telah pergi meniggalkan ku. Engkau lindungilah mereka Ya Allah,kurniakanlah kepada mereka taufiq dan hidayah Mu Ya Allah. Jauhi kami dari kemungkaran dan bisikan iblis yang direjam Ya Allah, dekatkanlah kami kearah kema'rufan,iaitu jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah Yang Maha-Mengetahui.
Engkaulah tempat ku mengadu derita dan sengsara keatas apa yang terjadi pada diri ku ini. Jika semua ujian,sakit dan sengsara itu adalah kifarah keatas diri ku,dan ia adalah kerana kejahilan diri ku pada masa lalu,ku terima segalanya dengan redha Ya Allah, dengan harapan, segala apa yang menimpa diri ku dapat membuatkan iman dan hati ku dekat ada-Mu Ya Rabbi.

Ya Ilahi,
Engkau permudahkan segala urusan ku di atas muka bumi ini,Engkau lancarkanlah segala apa yang telah aturkan. Dan jika segalanya berubah tanpa ku sedari dan terpaksa,ku tahu bahawa ia adalah Engkau berkehendak sedemikian kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang terhadap hidup ku ini.

Ya Allah Ya Rabbul 'izzati.
Jika ada ujian menimpa ku,jika ada fitnah dunia terhadap diriku,jika ada persengketaan dalam hidupku,,,,ku mohon pada-Mu,ku munajat pada-Mu,ku doa dalam sujud ku,moga Engkau tabahkan hati ku,kuatkan akal fikiran ku,lemahkanlah emosi ku supaya tidak mengawal akal fikiran dan jauhilah dari bisikan syaitan yang direjam itu.

Ya Allah Yang-Maha-Mendengar.
Aku lemah..
Bermohon pada-Mu,kuatkanlah diriku ini.

ameen.

1 comment: