Sunday, January 30, 2011

Sabar Faiz.

Salam Sejahtera Kepada Pembaca Sekalian.

POst kali ini akan berkisahkan mengenai hal-hal berbangkit atau isu terbangkit dan semestinya bukan kuih bangkit. Hal ini akan mengimbau kembali zaman Sekolah Menengah dan tempat kejadiaannya adalah Sekolah Menengah Ugama Raudhatul 'Ulum (SMURU) ataupun sekarang sudah ditukar kepada Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS).

Ia adalah mengenai sahabat...
Ia adalah kerana sebuah hubungan...
Ia kerana suatu takdir pertemuan...
Ia pastinya suatu perpisahan...

Dan ia terjadi kepada setiap yang bergelar insan.

"Manusia tidak akan dapat hidup berseorangan"
-Sedangkan kanan adanya kiri,
-Sedangkan langit bertemankan bumi,
-Sedangkan bulan bertemankan bulan,
-Sedangkan hati bertemankan perasaan,
-Sedangkan Islam bertemankan Iman,

-Dan sedangkan Adam a.s memerlukan Hawa.

*Seperti Itu Juga Aku Memerlukan Kawan*

Aku manusia biasa,ada buat kesalahan,ada banyak membuat silap dan aku ulang lagi; Tiada apa yang istimewa tentang diri aku. Itu sahaja peringatan kepada sesiapa yang membaca blog buruk ini. Aku tidaklah mempunyai perwatakan yang baik,ditambah dengan kejahilan diri yang terkadang menjadi karekter luaran pada diri. Aku tidak mampu memuaskan hati semua pihak sedangkan kehendak diri pun tidak mampu aku penuhi. Tapi 'hanya manusia biasa' itu bukan lesen kepada diri aku untuk terus membuat segala jenis kesalahan kepada orang sekeliling mahupun kepala Ilahi.

-Aku minta maaf-

Disini aku ingin memohon jutaan kemaafan segala apa pun kekurangan yang telah membuatkan hati rakan taulan sekalian terguris. Terkadang aku secara tidak sedar telah menyakiti hati kawan sendiri. Dan percayalah bahawa tidak pernah terdetik sedikit pun di hati aku untuk menyakiti kawan sendiri. Hanya kerana kejahilan yang menguasai diri membuatkan aku menjadi begitu.

Disini aku ingin mengatakan bahawa aku salahkan diri aku jika berlakunya persengketaan dalam sebuah persahabatan. sebab itu selalu dilihatkan bahawa aku mudah sangat melatah dan gelabah apabila berlakunya sesuatu yang membuatkan tergurisnya hati kepada insan yang bergelar sahabat kepada diri aku...Itu sebab aku tahu,itu salah aku.

Maafkan aku.

---

Kenapa sekarang ini aku susah tersentap ataupun terasan hati dengan kawan-kawan.?

jawapanya amat mudah untuk dijawab : Sebab aku pernah rasa perasaan tersentap paling teruk dalam hidup aku dalam hubungan persahabatan.

Semua itu berlaku ketika aku asih di peringkat sekolah menengah. Bersama kawan-kawan aku. Tidak banyak yang mampu aku ungkapkan dalam perkataan untuk diceritakan dalam post ini. Tapi terdapat beberapa ayat yang mampu memberikan seribu satu makna dalam kehidupan aku dan sahabat aku dahulu.

"kawan, engkau memberikan aku hati yang kuat dan cekal pada hari sekarang"
"kawan,engkau memenuhi ruang memori ingatan aku pada hari ini"
"kawan,engkau memberikan aku harapan bahawa kalian masih menyayangi hubungan keakraban kita"

"kawan,kerana kawanlah siapa aku hari ini".

Dengan Sahabat,
aku belajar untuk menjadi tabah.
aku belajar mempertahankan maruah,
aku banyak mengalah,tapi tidak bermaksud aku kalah.

Dengan sahabat dahulu,
aku lebih banyak menahan luka dengan sahabat sekarang. Sebabnya sahabat dulu mengajar aku menjadi kuat. Kerana ujian aku dengan kalian sangat kuat, hingga terkadang aku tersungkur di pertengahan, hingga aku rasa tidak lagi mampu untuk berdiri di bumi Maktab Mahmud.

Percaya atau tidak pernah aku terasa seperti tidak lagi mahu meneruskan perjuangan dengan kalian kerana aku tidak mampu menahan diri,tidak mampu menahan diri dengan perangai kalian yang kerap kali buat aku terluka.Sangat terluka.
Aku penat!
Aku geram!
Aku menyampah!
*terlalu banyak aku pendam*...percayalah.!!!

Aku sedar...
Dengan kalian aku hanya orang asing yang menumpang.
Aku menumpang untuk belajar,
sebab itulah aku bersabar walau kehendak dan hati sendiri terpaksa aku hancurkan.


Allah s.w.t Maha Mengetahui,tidaklah sia-sia dalam setiap ujian yang diberi.
Dengan perangai kalian,
Hari ini hati aku menjadi kuat,
Hati aku menadi teguh,
Tidak mudah aku latah dengan sikap sesiapa pun.

Kerana kalian,hari ini aku menjadi penyabar.

Alhamdulillah atas ujian Ilahi atas pertemuan kita yang dahulu dan masih lagi diteruskan sehingga sekarang. Terima Kasih kepada kalian.
Ini adalah nama-nama mereka yang banyak memberi perubahan kepada diri aku:
Syathibi,Syamsul Aswad,Mubarak,Naim kulim,Aiman Thaqif,Syazwan,Hanafi.Dan ramai lagi.

---

Sahabat sekarang.

Aku tidak mudah tersentap dengan kalian.
Tapi aku bersabar dan menahan.

No comments:

Post a Comment