Tuesday, February 8, 2011

Serahan Diri Hanya Kepada Ilahi.



Assalamualaikum.

Hmmm…Sejak kebelakangan ini,rajin pula aku ber-blog-ing. ;D

Post kali ini aku berkisahkan tentang santapan rohani.

Segala point-point dalam post kali ini aku petik daripada kuliyyah Ust.Asri.

Intro:

Berkata Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Ali bin Abi Thalib,cucu kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W.

“Ya Allah,janganlah Engkau serahkan diri ini kepada diriku sendiri,kerana aku tidak mampu menjaganya. Dan janganlah Engkau serahkan diri ini kepada orang lain,nescaya mereka akan hilangkan aku,yakni akan merosakkan aku”

-----

Para Pembaca Sekalian.

Jelas dari kata-kata Imam Ali Zainal Abidin, itu menunjukkan bahawa kita tidak berhak keatas diri sendiri, apatah lagi orang lain. Kita dapat lihat bagaimana kita menjaga diri kita sendiri; Hati kita yang asalnya bersih,suci lagi putih,kini kita sendiri yang kotorkan sehingga menjadi hitam, bukan sebab orang lain hati kita menjadi begitu, walhal itu semua adalah kelakuan kita sendiri dan tidak ada sangkut paut dengan orang lain.

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian.

Sedangkan kita sendiri tidak mampu menjaga diri kita,apatah lagi orang lain? Tepuk dada tanyalah iman sendiri. Kita mahu orang lain menjaga diri kita, tapi diri mereka itu sendiri bagaimana? Perkara ini dapat kita lihat apabila anak-anak remaja zaman sekarang mudah sangat terpadaya dengan ajakan rakan-rakan. Saya tidak menafikan yang menyeru kepada kebaikan. Perkara yang saya ingin nyatakan ialah, hanya berapa peratus sahaja anak remaja sekarang yang betul menyeru sahabatnya kepada kebaikan? Dan berapa peratus yang dengan jayanya merosakkan kawan sendiri?


Wahai manusia, kamu fakir (sangat berhajat) kepada Allah dan Allah dialah yang Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji

(Quran 35:15)

Teman seperjuangan sekalian.

Ayat diatas amat menusuk dalam hati sanubari kita supaya kita sedar,usahlah kita berusaha untuk menyerahkan diri kita kepada orang lain. Sebaliknya sama-samalah kita berusaha supaya menyerahkan diri kita kepada Allah S.W.T. Menyerahkan diri kepada Allah S.W.T bukan bermaksud kita hanya bertawakkal kepadanya,tetapi kita sebagai manusia yang diberi pilihan untuk menetapkan jalan dan nasib sendiri untuk membimbing rohani dan jasmani kita supaya mendapat redha Allah S.W.T. Faqir = berhajat,jadi kita perlulah berjahajat kepada Allah S.W.T,kerana Dia tidak sesekali akan mengecewakan kita,apa yang berlaku atas diri kita,itu semua ujian dan kifarah atas segala dosa yang telah kita lakukan. Dia,Tuhan yang menciptakan sekalian ‘alam,Tuhan Yang-Maha Mengetahui,sesungguhnya dia tahu apa yang terjadi pada setiap hamba-hambanya dan usahlah kita risau kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Sahabat-sahabat sekalian.

2)Faqir=Miskin.

Marilah kita sedar,marilah kita sama-sama supaya jangan sesekali faqir terhadap diri sendiri,yakni mendustakan diri dengan miskinkan diri sendiri,kerana diri kita ini bukan milik kita,ia milik kepada Yang-Esa sahaja dan bukan milik sesiapapun. Faqir kepada diri merangkumi dengan perbuatan-perbuatan yang boleh melemahkan diri sendiri,walhal kita sepatutnya perteguhkan diri,dengan mencari ilmu-ilmu “deen” dan ilmu-ilmu duniawi. Bukan maksud kita bermegah-megah supaya sentiasa menjadi lebih dari orang lain, tapi kita mencari semua itu untuk mencukupkan diri kita supaya tidak faqir.



Muslimin Yang Diramati Allah Sekalian

”Apakah Yang Ada Pada Kitaran Dan PusinganHidup Ini Melainkan Seseorang Mengharap Redha Dan Rahmat Allah.”

2 comments: