Friday, December 11, 2009

Kerana Agama



Tinta Kerana Agama Daripada Teman.

Hadir Mu tidak diundang.
Tapi pemergian Mu akan Ku halang.

Aku tidak memuja wajah Mu.
Tidak Aku dambakan harta Mu.
Bahkan tidak pula aku memandang ilmu Mu.
Sebaliknya aku,
Memuja,mendamba,memandang
Dan terus merindu
Hanya kepada Agama-Mu.

Kerana Agama,
Datangnya raut wajah yang berseri,
Disirami nur,cahaya dari ilahi.
Akan terus menjadi pilihan insani.

Kerana Agama,
Hartamu akan selalu dirahmati,
Dicurahkan ikhlas atas segala budi.
Bukan bakhil yang menjadi selaput hati

Kerana Agama,
Ilmu mu menjadikan islam sebagai isi penting,
Al-Quran dan Sunnah terus menjadi mendinding.
Semoga terus aku tidak lagi berpaling.

Kerana Agama Engkau : Wahai Teman-Ku.

Friday, December 4, 2009

Exam And Result

Astaghfirullah...
Baru aku sedar,dah bersawang blog aku ni,dah lama tak di-update kan..;p
Bukan dah give up untuk post apa-apa...
tapi masa,hati,perasaan,emosi dan fizikal,jasmani dan rohani aku tidak begitu mengizinkan.
"Everything need time"....I need time to adapt the current situation right now. :)

Exam and Result.

Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi kerana impah dan kasih-NYA Dia,
berjaya jugak menghabiskan semua exam.
*Exam yang pertama ialah Political Sciences.
review political sciences dengan Dr.Danial :
-dia seorang ahli falsafah,amatlah sukar untuk aku faham secara total apa yang dia ajar,
-dalam kelas aku boleh faham 40% or maybe less. (agak lembap kan.?)
-Dia tak kasi hint macam lecturer lain,just (apa yang dia ajar akan masuk,means -minal awwal,ila akhir-ADEH!!!)
-aku memang risau pasal subjek ni.
-carry aku teramatlah rendah.(sedeh SIOT!!!)..Memang gayat nak lulus pun.
-mula habis exam,dah dok fkir,next sem nak amek dengan lecturer lain pulak.;p

Ya Allah,Tuhan saja macam mana keadaan aku time nak exam ni.
Mentally and phisically sick,Rohani dan jasmani aku tidak menentu.
Aku tetap bersyukur jugak atas segala apa yang menimpa aku,
sebab aku percayakan janji Allah,itu yang buat aku terus menjadi positive. :)
Tika waktu ini juga,ada insan yang sudi meringankan beban aku,menemani aku kala malam.
Teman,Sahabat seperjuangan...God Bless You..

*Exam yang kedua ialah Sciences of Quran. (Hari yang sama dengan Political sciences)
Disebabkan beberapa hal,aku ulang kaji subjek ni lebih awal sikit dari Political Sciences tu,
Sebab overall subjek ini Alhamdulillah aku dapat faham dan mengingati dengan jelas,
Syukran Jazilan kepada Dr.Norbani Ismail,lecturer SOQ,best belajar dengan dia.:)

*Exam seterusnya ialah Bahasa Melayu.
Aku amik BM dengan Cikgu Roslimna Saad.
Best sangat dengan dia.
Time sebelum exam tu,sumpah aku tak tahu nak baca apa.
aku baca yang mana aku tak faham saja.
dan alhamdulillah...:)

*Seterusnya ialah exam Electronic Media.
Belajar dengan Sir Johani.
tentang belajar dengan dia amatlah OK.
sebab masuk kelas kena salin note sahaja.
cukup time ada kuiz.
langsung tak tension tentang subjek ni.
tak boleh review lebih sangat...sebab ada rahsia..
ekekekekekee~
:D

*Next,Psychology.
pergghhhhh~~~~~~~~~
Aku amek subjek ni dengan Dr.Mardiana.
Agak OK belajar dengan dia...Seriously,time dalam kelas aku tak fokus sangat sebab kelas sejuk.
dan mengantuk,tapi aku tak pernah tido sebab aku layan je lecture Dr.Mardiana.
kalau kasi contoh untuk apa2 kes,Shahman adalah target utama aku..ekekekee~
Gurau je shaman,tak nak kasi ko tdo.;p
Alhamdulillah dan Nauzubillah dengan carry marks.;)
Time nak exam,banyak sangat nak kena baca.
kena ingat banyak termsssssszzzz (i mean it)
total ada 12 chapter...setiap chapter ada saja terms yang kena ingat dan faham.
Sehari sebelum exam,kawan2 aku datang study sama2 (Pilot,sabri and sinkai).
lepas habis study dengan diorg,time maghrib tu,tetiba aku rasa down sangat2.
itu kali pertama aku rasa tekanan yang amat macam tu.
munkin sebab dulu ada cahaya yang selalu bersama aku,tapi kali ini aku keseorangan.
Alhamdulillah,aku lepas ujian itu dengan hadirnya teman dan menemani aku siang dan malam,Aku bersyukur.:).Hanya Tuhan Dapat Membalasnya.
Again,Praise To Allah....Everything Went Smoothly.

Lastly...Sociology and Anthropology (mampostology);p
Belajar dengan madam norazura.
Best belajar dengan dia,dalam kelas kena participate selalu dan selalu jugak aku jadi target dia.
dan alhamdulillah,tak ada apa-apa masalah dengan subjek ini.
carry marks,Alhamdulillah berkat usaha dan rahmat dari Allah.
Exam pun alhamdulillah....Settle~
(^_^)

Review Tentang Result :

Political Sciences : Amatlah terkejut sekali,entah aku rasa Dr.Danial jadi baik kot.
Electronic Media : Terkejut jugak sebab target terlalu tinggi dan munkin over condifent kot.ekekeke~Tapi Alhamdulillah.
Sociology And Anthropology : Alhamdulillah...:)
Psychology : Alhamdulillah.
SOQ : Alhamdulillah.

Over All : ALHAMDULILLAH~

Tuesday, November 17, 2009


.::Terlalu Banyak Untuk Diceritakan::.
.::Terlalu Padat Akan Penghayatan::.
.::Terlalu Perit Penderitaan::.
.::Tidak Mampu Ku luahkan Dengan Perkataan.::.
.::Hanya hati mampu menampung perasaan::.

Thursday, November 5, 2009

Final Examination ; Hilangkan Stress.!

Sedang aku berada dalam keadaan tertekan sempena final exam,
aku terjumpa sesuatu yang membuatkan aku ketawa :

Kita selalu diam ketika berada dalam lif,dan ia boleh menyebabkan kebosanan,berikut adalah tips ketika berada dalam lif untuk puaskan hati anda :

1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b’pura2 melihat ke tempat lain..

2. Buat muka m’gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “diam, semuanya diam..!”

3. Bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu.. "Say,cheeese~"

4. Pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji…

5. B’pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. Ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..

” bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi…”

7. Buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah ” eh,budak…cukup tak udara kat situ..?”

8. Diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m’hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. Dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop…kot2 boleh dgr couple kat lif sebelah,dorg tgh rancang ape malam ni….ekeke~

10. Buatla garis d lantai sekeliling anda m’ggunakn kapur..lalu beritahu

"ini adalah wilayah saya….!”


AMARAN: TIPS INI HENDAKLA DILAKUKAN DENGAN PENUH KEYAKINAN..

Lif utaman di UIA yang dikenal pasti : Library (yess!!!)

---------------------------------------------------
Salingan :

Status-Allhamdulillah-

Assukuut 'Alamaturridha...;-)

Sunday, October 25, 2009

.::Penyaksian Ku::.

Ku hanya mampu melihat dia,
Ku hanya mampu mendengar cerita dia,
Ku hanya mampu mengidamkan dia,
Ku hanya mampu mengagumi dia.

Memiliki...?
Tidak sama sekali,
Tipulah diri,
Sakitkan hati,
Sebab dia tak mampu ku miliki.

Bukan Ku tidak mahu,
Tapi takut menyakiti,
Biarlah hubungan menjadi begini,
Moga mendapat petunjuk dari ilahi.

Ku hanya memandang,
Memandang kupu-kupu yang terbang,
Inginku mendekatinya dan memiliki,
Tapi takut menyekat kebebasannya.


Biarlah dia terbang
(^_^)