Alhamdulillah hirabill'alamin - wa bihi nasta'in - wassolatu - wasslam - 'ala ashrafil anbiya' iwalmursaleen wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana limpah kurnia-NYA saya Muhammad Faiz Mohamad Arif masih lagi bernafas dan bernyawa atas bumi milik-NYA.
Perasaan syukur,
Ia adalah satu perasaan "Berterima Kasih" kepada Allah s.w.t, ia mudah "easy peasy"-They say, tapi tak semua muslim mampu buat dan berbuat dengan ikhlas. Pabila syukur itu datang dengan ikhlas, hati akan berasa tenang dan lapang atas segala apa yang terjadi, baik dari segi negetif @ positif.
Syukur keatas nikmat/rezeki yang diberikan.
Harta - Wang - Pangkat: Ini adalah typical atau yang selalu orang berfikir tentang nikmat atau rezeki yang diberikan. Sebenarnya konteks nikmat/rezeki itu luas, selapang awan biru yang terbentang; kerana nikmat/rezeki itu adalah segala yang merangkumi dalam kehidupan "you say it, you got it". Janganlah "limit"-kan konteks rezeki/nikmat itu, kelak kufur atas sebab tidak bersyukur dengan yang diberikan.
Coretan bersahaja tatkala melawan perasaan hiba.