Wednesday, June 23, 2010



Lirik Lagu Pergi - Aizat (OST Talentime)



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari



kau pergi.. pergi.
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Sunday, June 20, 2010

Kehadiran.


'DIA'

Insan Biasa :

Terasa sayu bila dia pergi.
Kedatanganya tidak aku peduli.
Hanya diri yang terasa dilengkapi.
Tapi semua hilang pabila syaitan menguasai diri.

Bila berasa sendirian,
Hati mula menemani jasad,
Bertanyakan khabar kepada perasaan,
Bertanyakan keadaan iman.

Termenung seketika dijendela,
Mengimbas kembali sugala duka dan lara,
Bukan niat menghampakan takdir-Nya,
Tapi hanya diri insan biasa.

Manusia biasa ->
Tidak Menghargai Pabila Berada Di Depan Mata.
Mencari Pabila Tiada.

Insan Luar Biasa :

Berusaha dengan doa,
Moga amal sentiasa diterima,
Kehadiranya tanpa aku sedari,
Pemergiaanmu tidak akan ku izini.

Terangilah dan Penuhilah segala pelusuk hatiku,
Moga hilang segala belenggu.
Ketawa ketika siang hari,
Bersedihan ketika munculnya embun pagi.

Wahai segumpal darah bernama hati,
Turutilah kehendak iman,
Jangan Khianati pesanan Tuhan,
Kelak engkau akan sendiri...

Manusia Luar Biasa ->
Menunggu Akan Kehadiran.
Menyimpan Hingga Akhir Hayat.

p/s : 'Dialah' Yang Digelar 'hidayah' daripada Yang Esa.

Wednesday, June 16, 2010

Permintaan~ku.


Ya Allah,
Yang Maha Mendengar.
SubhanAllah Wallhamdulillah,
Syukur Atas Segala Nikmat,
Atas segala rezeki,
Atas segala cahaya petunjuk,
Atas segala penyaksian ku ini.

Saat ketika aku sujud pada-MU,
Rendahnya diri-ku,
Hanya sekadar insan yang biasa.
Yang selalu terleka dan alpa.

Tapi Ya Allah.
Sungguh besar,
Sungguhku terharu,
Atas nikmat yang Engkau berikan
Dan Sesungguh-NYA Engkau Maha-Pemurah.

Alhamdulillah.

Aku mahu berterima kasih.
atas segala yang Engkau lakukan pada diri-ku.
atas takdir yang ditetapkan untuk-ku.
Alhamdulillah Wasyukurillah.

Ya Allah.
Engkau berkatilah mereka...
Mereka yang senantiasa berdoa untuk aku...
Engkau sinarilah hidup mereka...
Moga mereka jauh dari azab-MU...
Moga syurga adalah pasti mereka...
Mereka adalah keluargaku,guru-ku,penemanku,sahabatku...
Mereka yang sentiasa dalam doa kudusku...