Tuesday, December 7, 2010

Secebis Keringat

As-Salam.

*Tarik nafas dalam-dalam*Lepas...
Fuhhhh~~~~-----

> Beberapa jam yang lalu,tepat pukul 4pm,aku check result untuk semester 1 sesi 2010/2011.

*Alhamdulillah,
even dengan rohani ataupun dalaman aku yang beralun ombak,turun naik yang amat ketara sekali. Tetapi Allah telah menetapkan takdir yang terbaik kepada setiap hamba-Nya.

*Syukur.

> Semalam aku sempat ber-ym dengan junior aku. Umurnya sangat muda, tetapi aku dapat rasakan sesuatu tentang dia. Aku pun tidak tahu mengapa aku boleh berasa begitu kepada adik aku seorang ini. Setiap kali aku masuk ke laman sosial dia, melihat dan meneliti kehidupan dia; aku rasa dia muda dan masih mencari identiti diri sebagai remaja yang sedang membesar, hatinya masih lembut, imannya masih boleh dibentuk untuk menjadi teguh. Jadi perasaanku kuat mengatakan aku tidak akan biar dia terpesong dan leka dengan dunia, leka dengan fitnah dunia.

-Didalam "ym" kami,dimulakan dengan pertanyaan khabar,kemudian bergurau mengenai kehidupan masing-masing. Seterusnya perbualan kami di ym menjadi sedikit serius bila berkenaan dengan Hati seterusnya berkenaan Iman.

-Berkenaan dengan hati,aku bertanya kepada dia,adakah dia sanggup berkahwin dalam usia muda,beliau menjawab; tidak kerana takut untuk menjaga tanggungjawab dalam hal keluarga,kemudian aku bertanya sama dia ada mempunyai hati kepada orang yang bukan muhrimnya, beliau tidak menjawab. Jadi aku menganggap 'Ya ada'. kemudian aku bertanya lagi, adakah akan meneruskan hubungan dengan lelaki itu. Beliau menjawab,jika ikhlas,apa salahnya.

-Kemudian,entah bagaimana aku memberi secebis nasihat kepada nya yang +- (lebih,kurang) : Jika kamu berupaya dan mampu untuk mengelak dalam hal sebegini ataupun dalam bahasa urbanya "couple",lebih baik elak dan jauhi. Kerana bagi aku, jika selangkah seseorang membuat keputusan untuk menyerahkan hatinya kepada orang lain, amatlah sukar untuk kembali dan mempunya hati yang sama seperti asal.

-Kemudian dia menceritakan satu hal @ persoalan, beliau tidak mampu menyusun kata untuk menggambarkan masalah itu,tapi dia memberitahu yang dia menjalani kehidupan sebagai seorang Islam (solat etc),persoalanya dia tetap berasakan kosong "empty", kemudian aku meneka bagaimana perasaan dia ketika berasa "empty" itu :
  • Berasa sejuk sangat didalam hati
  • Rasa teramat sunyi bila berseorangan
  • Rasa boleh dan mahu menangis ketika solat @ selepas solat.
  • etc
-Separuhnya betul (cis! separuh je), kemudian aku menjawab. Ada dua benda yang aku gabungkan menjadi satu.

-Sewaktu di sekolah rendah dan menengah,aku belajar mengenai halawatal-iman (kemanisan iman). Kemanisan ini akan terasa dan dapat dikecapi apabila kita sebagai muslim berasa teramat gembira dan berasa enjoy untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t tanpa berasa ia adalah bebanan kepada kita.
*itu bahagian pertama.
Di UIA,kelas Islamic Ethic dan Islamic Aqidah aku belajar sesuatu, iaitu berkenaan dengan iman dan hati. Dalam hati,nafsu dan iman manusia,ada "benda" (can't remember what category it all about) yang terbahagi kepada 3.
  1. Manusia berasa tenang dengan ibadah dan tenang dalam kehidupan di dunia.
  2. Manusia mampu mengawal nafsu dan berupaya menguatkan fitrah sebgai insan yang mampu membezakan baik dan buruk.
  3. Manusia yang mengikut nafsu (Bisikan syaitan)

-Dan aku mentafsirkan apa yang dia lalui ialah peringkat dimana dia daripada peringkat ke-2 menuju ke peringkat-1 dan digabungkan untuk mengecapi halawatal-iman. Sebab itu dia still berasa "empty", ini disebabkan perjalanan dia sebagai seorang Islam masih panjang dan tidak akan berakhir beribadat begitu saja.

-Aku memberi perumpamaan kepada dia.
  • "Hidup beribadat sebagai seorang muslim boleh diibaratkan seperti melalui jalan yang lurus, dan sepanjang perjalanan tersebut kita perlu memetik buah-buahan yang ada.
  • Kesimpulan: Walaupun kita telah kutip banyak buah dan berasa ia dah cukup untuk kita, kita mesti ingat masih ada perjalanan masih jauh, ia perlu ditamatkan dan perlu disertakan juga buah-buahan yang sempat dikutip sepanjang perjalanan tersebut.


> Sejujurnya aku berasa teramatlah cemburu kerana hati dia masih lembut,mampu menangis kerana Allah s.w.t. Hati ingin sangat berasa begitu...Dan hatiku masih mencari-cari.

Wednesday, December 1, 2010

Permulaan Cuti Semester -Part 1-

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca Sekalian (tak tahu la ada pembaca atau tidak) =)

well,do i care if someone read it or not.? keh.keh.keh.

Cuti semester kali ini agak macam 'serabut cendol',ini semua disebabkan gara-gara jadual exam tidak tentu hala. UIA ini memang sangat memahami dan oleh kerana hal demikian pihak A&R (Admission and Record) telah berbesar hati memberikan gap exam yang panjang kepada saya. Paper pertama pun bermula dan next paper ialah SATU MINGGU selepas dari tarikh tersebut. (Beliakkan Mata Anda,Bukakan Mulut Sedikit,Sambil bunyi *"Whoa!").

Dan disebabkan hal demikian,examination period saya tamat pada 15hb 9. *"fuhhhh" (Muncungkan Mulut).

Akan tetapi (ish,tak habis marah lagi.??)
Hal itu tidak tamat begitu saja (ending tak best).

Sejurus sahaja menyelesaikan kertas peperiksaan yang terakhir,saya bergegas ke Graphic Lab (communication) untuk menyelesaikan tanggjawab saya untuk membuat "Corperate Video" untuk kelab STEADFAST.

Aktiviti menelesaikan video tersebut dimulakan dengan berteman AQIEL,aku pula terpaksa meng-khusyuk-kan diri untuk menyiapkan video itu tatkala Aqiel sibuk meng-facebook-kan diri -CIS! *Nada Cemburu-.

Aqiel pun berambus -around 30 minutes after started-

Tinggal aku berseorangan bertemankan computer MAC banyak-banyak dalam bilik tersebut. Macam hantu "je computer tersebut,dah la kaler putih".

Sejurus kemudian,dalam 30 minit,Azfar Azlan pun me-muncul-kan dirinya.
Alhamdulillah *nada lega.
Dapatlah aku berdiskusi bersama Azfar bagaimana mahu melancarkan time-line video tersebut.

-cut scenes-

-Dalam 45minit-Semuanya selesai.

Selepas hantar video tersebut di pejabat "CENSERVE", terus pergi melepakkan diri di HS cafe. sambil menikmati angin-angin bayu lembut,belum sempat saya mahu pulang.....-versi suspen---


To be continued~

Thursday, November 25, 2010

Dalam Pembaik Pulih.

Pembaharuan Sedang Dilakukan.
Sebarang Kesulitan Amat Dibanggakan Kerana Untuk Kesenangan Masa Akan Datang.
"Berakit-Rakit Dahula,Naik Speed Boat Kemudian Hari"
........

Friday, September 17, 2010

Perhatian

Salam.
sape yg bce blog aku ni...aku nk gtaw...aku akan delete blog ni..
xtaw nape...buat ape nk heboh kat sume ape yg aku buat,buat ape nk gtaw org kalo aku benci kat sape2...wat pe nk gtaw org skeliling kalo aku sakit hati ke,ape ke...kalo aku mati pun,matilah kn...
so be it.

Saturday, July 24, 2010

Rojak a.k.a Pekasam

"Rojak a.k.a Pekasam".


Simple....


Maaf,aku hanya mampu memberi tajuk untuk apa yang aku rasa sekarang.
Para pembaca mesti hairan kenapa 'rojak @ pekasam'..dan kenapa aku tidak menulis kenapa post ini tidak mempunyai sebarang detail yang jelas mengenainya.

Jawapanya :

Ingin aku tegaskan disini,aku seorang yang tiada 'tengah-tengah' ataupun berpada-pada ataupun 'moderate'...
Contoh situasi : Aku sedang marah.kalau marah secara sederhana,seseorang itu munkin hanya akan setakat mampu meninggi suara dan mengeluarkan kata-kata kesat...Tapi tidak bagi aku,jika aku marah aku akan meninggikan suara,kata-kesat + some extras that u don't want to know about it.Yes! myb i'm kinda passive and reserve person,it was because aku dalam hati tengah menenangkan perasaan yang datang dari syaitan durjana tu...iaitu 'marah'...It also applied when i'm patient,i does not mean that i care about it,but i'm terribly forcing myself to be patient.Bak kata seseorang itu,dia mengatakan aku seorang yang mutlak.Iaitu tiada pertengahan.Antara Max & Min..**** NO i'm at the middle of it.

Apa rational nya post aku ini dengan benda atas ini.? Hairan.?
Ini rational nya : Post sekarang ini ketika aku sedang menahan marah dan pada masa yang sama aku cuba untuk menyabarkan diri aku. Aku hanya menulis tajuk dan bukan keterangan mengenai tajuk tersebut kerana aku takut akan menyakitkan hati sesetengah pihak dan ia berkaitan dengan pelbagai pihak.

Again.Soft Reminder to YOU...YES,YOU..!
Verbal or Non-Verbal Communication When I'm Mad,
Both Are Terrible.


*Maaf.post kali ini ada bahasa yang tidak patut dikeluarkan.kadang-kadang bila hujan,ada tempiasnya...:)