Friday, April 16, 2010

Meredhai. (^_^)

Mood : Mengejar Sesuatu.
Time : 3:15am
Date : 16/4/2010
salam.
Bersyukur kita kehadrat Ilahi.
Kerana limpah kurniaan-Nya,kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya kita masih berada di muka bumi ini.Bumi yang hanya persinggahan,bumi yang hanya sementara tapi penentu yang abadi nanti.

Alhamdulillah.
Atas segala pemberian-Mu Ya Allah S.W.T,
Tidak lepas seperti rahmat yang menggunung tinggi.
Aku bersyukur apa yang ada disekelilingku ini.

Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Hargailah ia selagi dipandangan.
Terokailah ia selagi masih dipautkan.
Semoga kita sentiasa sujud pada-Nya.

------------------------

Jika kamu tidak mengetahui apa itu "Hitam"
Maka,pada masa yang sama kamu tidak mengetahui apa itu "Putih".

Pain Is Strength

Kesusahan dlm dunia adalah tidak bila org tidak memahami kita...
Tp adalah bila kita tidak memahami diri sendiri.

There Is Always Other Ways To Look At Something

"Amalan yang kecik tapi berterusan adalah lagi bagus
dari
amalan yang besar tapi jarang dilakukan"
-p/s : Istiqamah la wahai saudaraku sekalian~

Thursday, April 15, 2010

Semangat.

.::Yakinkan Diri::.
.::Kuatkan Semangat::.
.::Dapatkan Redha Mak & Abah::.
.::Be Positive::.
.::Nothing Is Perfect::.
-but It's NOT a 'green light' -
-for us to do mistake-

p/s:
Most Importantly :
PERCAYALAH PADA JANJI ALLAH S.W.T
(^_^)

Tuesday, April 13, 2010

This Is It.

Saat post ini ditulis.
Aku rasa telah tiba waktunya untuk aku melakukan anjakan paradigma.
Anjakan dimana mencari sesuatu yang aku telah hilang dahulu.
Sesuatu yang amat bernilai bagi setiap muslim.

Terkenang diwaktu dahulu.
Aku berjanji pada jasad bersama hatiku ini.
Untuk memberi apa yang dipintanya.
Memberi apa yang diperlukannya.
-Tapi aku tidak memperdulikan.

Aku terlalu mudah mengalah.
Terlalu mudah juga untuk berubah.
Mengikut arus masa.
Juga mengikut suasana.

*lemah bukan.?
apa yang akan menyusul lagi selepas ini,aku pun tidak tahu.

Saturday, March 27, 2010

26-3-2010


26-3-2008
..................
Sedetik Aku Berpaling,
Bukan Mengenang Kisah Lalu,
Tapi Bimbang Mengulang Kesilapan.


Friday, March 5, 2010

(^_~)

Ya Allah Yang Maha Mendengar.
SubhanAllah Wallhamdulillah,
Syukur,
Atas segala Nikmat,
Atas segala rezeki,
Atas segala cahaya petunjuk,
Atas segala penyaksian ku ini.

Saat ketika aku sujud pada-MU,
Rendahnya diri-ku,
Hanya sekadar insan yang biasa.
Yang selalu terleka dan alpa.

Tapi Ya Allah.
Sungguh besar,
Sungguh terharu,
Atas nikmat yang Engkau berikan,
Dan Sesungguh-NYA Engkau Maha-Pemurah.
Alhamdulillah.

Aku mahu berterima kasih.
Atas segala yang Engkau lakukan pada diri-ku.
Atas takdir yang ditetapkan untuk-ku.
Alhamdulillah Wasyukurillah.

Ya Allah.
Engkau berkatilah mereka...
Mereka yang senantiasa berdoa untuk aku...
Engkau sinarilah hidup mereka...
Moga mereka jauh dari azab-MU...
Moga syurga adalah pasti mereka...
Mereka adalah keluargaku,guru-ku,temanku,sahabatku...
mereka yang sentiasa dalam doa kudusku...

-------------------------------------------------------

Tatkala kisah lama mungkin berulang...
Hatiku mula berbicara...

Cukuplah...
Dengan air mata malam,
Kesunyian dikala senja,
Berseorangan ketika solat,
Berseorangan ketika bertahlil,
Berseorangan ketika bertahmid.,
Dan,
Berseorangan hadapi ujian dunia.

Cukuplah...
Dengan hinaan itu aku menjadikan diriku,
Dengan cemuhan itu aku berdiri,
Dengan fitnah itu aku tangisi,
Dengan tomahan itu aku berundur diri,
Dan dengan semua ini aku bersendiri,
Tapi,
Dengan Rahmat-MU aku dilengkapi...
Dan Dengan Iman yang ENGKAU beri...

Sudahlah~