Thursday, September 17, 2009

Salingan

Sugar Glider

Pos kali ini aku berkenaan dengan seekor lagi anak angkat aku,
iaitu sejenis binatang yang diberi nama Sugar Glider,
Die dilahirkan pada 29 June yang lepas,
dan aku akan mengambil die lpas raya.

Oleh kerana anak angkat aku yang baru ni adalah betina,
jadi,aku kasi nme kat die : Violet (macam comei je nme ni)

Mata die.
*tunjuk kesian : (^-^)


Posing Time

1 st:


2nd :



kalau korang perasan,si violet ni macam pandai posing kan.?
-Ni yang last skali update.


*Cumelkan anak angkat aku yang sekor ni.
:D

Tuesday, September 15, 2009

Pabila Hati Meronta

Jam di laptop menunjukkan pukul 0320.
Aku masih tidak dapat lelapkan diri.
Aku pusing-pusing,tidak jugak dapat suaikan diri.
Entah mengapa,berasa panas malam ini.
Hmmm....
Tiba-tiba
aku terfikirkan kemana hilangnya 'diri aku'
Kemudian :-

Hati Berbicara :

Muhammad Faiz,
Kenapa kamu sebegini rupa Faiz.?
Tidak tenteram,fikiran tidak tenang.
Gelisah,gundah-gulana macam ini.
Kamu sedarkan,kamu kehilangan sesuatu.
kamu tak mahu ke mencari semula sesuatu yang kamu hilangkan dahulu?
sesuatu yang tidak semua orang perolehi dengan mudah.
kamu memperolehi bersama teman-teman seperjuangan mu ; Ahmad Syathibi,Aiman Thaqif,Khairul Nizam.
Tidakkah kamu mahu wahai Ibnu Arif?

Perasaan Membalas :

Duhai hati,aku bukan tidak mahu mencari semula yang hilang itu.
tapi aku kecewa dengan sikapku sendiri.
sanggup gadaikan kau duhai hati,demi kepentingan dan kehendak diri.
Disini,tempat kaki ku pijak sekarang,
tiada lagi teman-teman seperjuangan semua,aku keseorangan!!!
Demi Allah,aku mahu mencari yang hakiki itu.

Hati Berkata :

Kenapa kamu lemah sebergini wahai Muhammad Faiz?
Kamu jatuh,tidakkah kamu mahu bangun semula.
Yang lepas itu,biarkanlah...Jadikan pendinding diri kamu sepertimana kamu menasihati sahabat-sahabat kamu yang juga pernah didalam permasalahan.
Lakukanlah demi Allah s.w.t yang telah memberi rahmat kepada kamu,
Lakukanlah demi Nabi Muhammad yang menjadi contoh kamu,
Lakukanlah demi Mak dan Abah kamu.
Ya Demi Mak Dan Abah Kamu,mereka tidak pernah putus doa terhadap anak-anak mereka.

Muhammad Faiz,
kamu hilangkan 'sesuatu' itu kerana nafsu kamu meminta untuk memilih yang lain?
sanggup kamu mengadaikan ia dengan keperluan dan makanan untuk iman kamu ini?
Tidakkah engkau hargai 'ia'.?

---------------------------------------------------------------
Kamu tidak keseorangan duhai sahabatku Muhammad Faiz.
Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya
Dan,
Kamu ada mereka :




Carilah 'ia' semula Muhammad Faiz.

Monday, September 14, 2009

Pabila Hati Berkata Dan Perasaan Melawan.

0340 (9/14/09)

Hati Berkata :
Muhammad Faiz,sampai bila kamu mahu aku jadi begini.?

Perasaan Menjawab :
Faiz, Mencuba itu lagi bagus dari mengalah...Semua orang berhak peluang duhai sahabatku.
........................................
.::.::My Wish For You,More Than Anything::.::.

Monday, August 31, 2009

.::Seriously::.


~End~



Regards,
Muhammad Faiz

31-8-09.(0143)

Saturday, August 29, 2009

+=-*.::Sendiri::.*-=+


Aku.

Ku lihat di jendela,
Melihat kuasa yang Maha-Esa.
Ku mengharap daripada-Nya,
Agar hidupku terus ke syurga.

Perasaan ini singgah lagi,
Dihati yang tidak pernah aku peduli,
Dipenuhi kotoran sendiri,
Mengharap kepada-Mu Ya Rabbi.





Ya Allah,
Aku lemah,
Aku lelah,
Tapi aku tidak pernah mengalah.

Ya Muhammad kekasih Allah,
Amalan sunnah Mu,cuba ku kerah,
Tetapi apakan daya,
Akhirnya aku rebah.

Wahai hati yang kegelapan,
Ayuh..!!! Bangun..!!!
Wahai perasaan yang dalam kesengsaraan,
Teguhkan Iman mu,perkuatkan kan amalan mu.

-------------------------
Rendahkanlah hati,
Agar tiada yang merana,
Lembutkanlah bibir,
Agar tiada yang terasa.
-------------------------

Daku Sujud,Daku Meminta...
Tiada Yang Lain,
Selain Daripada-Mu Ya Allah~
----------------------------------
*Merasai kesejukan yang lahir dari hati yang kegelapan.